Back to Blog

Kenali Jenis Perniagaan Di Malaysia

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Memilih Bentuk Pemilikan Perniagaan Yang Sah

Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda jalankan.

Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu menetapkan jenis entiti perniagaan yang ingin dibina serta menepati peraturan undang-undang perniagaan tempatan sebelum bermula. Pemilihan entiti perniagaan yang paling sesuai untuk perniagaan baru akan membantu memaksimakan tahap keupayaan kewangan dan kejayaan operasi perniagaan anda.

Apakah jenis perniagaan yang ingin anda mulakan? Adakah entiti perniagaan tersebut adalah milik anda sepenuhnya? Atau adakah anda mempunyai rakan kongsi yang boleh bersama-sama untuk menanggung segala aset dan liabiliti syarikat?

 

 [Blog] Kenali Jenis Perniagaan -1

  1. Pemilikan Tunggal

Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan. Sesuai untuk perniagaan mikro dan kecil, termasuklah untuk pelaburan seorang individu tanpa melibatkan pekerja seperti kedai runcit, salon rambut, tukang jahit, kedai kraf dan sebagainya.

 

Jenis ini adalah paling murah, mudah dan senang untuk memulakan perniagaan. Walaupun begitu, jenis entiti ini hanya sesuai jika anda ingin mengekalkan saiz perniagaan yang kecil. Setelah mendapat pendapatan yang lebih stabil, anda perlu bertukar kepada syarikat Sendirian Berhad.

 

 

[Blog] Kenali Jenis Perniagaan -2

  1. Rakan Kongsi

Sama seperti pemilikan tunggal, kecuali ia mempunyai lebih daripada seorang pemilik. Paling sesuai untuk firma professional yang tidak memerlukan dana yang besar seperti firma perakaunan, firma guaman, dan sebagainya.

Jenis entiti ini adalah lebih sesuai untuk firma profesional. Sekiranya perniagaan anda berkembang, anda perlu menukar kepada syarikat Sendirian Berhad.

 

[Blog] Kenali Jenis Perniagaan -4

  1. Syarikat Sendirian Berhad

Entiti yang ditubuhkan oleh beberapa individu yang boleh memiliki hartanah, membuat perjanjian serta menggajikan pekerja. Tidak boleh menjual saham kepada umum. Entiti perniagaan yang paling banyak ditubuhkan di Malaysia. Sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana. Sebagai contoh, perniagaan milik keluarga, syarikat kejuruteraan dan pengilangan kecil dan sebagainya.

 

Pilihan terbaik untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) kerana pelanggan lebih cenderung untuk berurusan niaga dengan syarikat Sendirian Berhad disebabkan faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya.

 

 

[Blog] Kenali Jenis Perniagaan -3

  1. Perkongsian Liabiliti Terhad

Gabungan antara syarikat sendirian berhad dan rakan kongsi. Sesuai untuk perniagaan pemulaan dan kecil seperti perniagaan perkhidmatan profesional.

 

Jenis entiti ini kurang keperluan pematuhan serta lebih mampu dimiliki. Walaupun begitu, jenis entiti ini kurang bersesuaian sekiranya skala operasi semakin bertambah dan memerlukan pertambahan pemilik saham.

 

Peringatan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang mengawalselia perniagaan di Semenanjung Malaysia supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang konfrehensif. SSM juga membantu untuk menyalurkan maklumat syarikat kepada masyarakat awam. Pendaftaran perniagaan (pemilikan tunggal dan rakan kongsi) di Sabah dan Sarawak dikawalselia oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Sumber
SME Corp Malaysia, 2021

 


Berniaga Secara Atas Talian

Strategi Bijak Berniaga Secara Atas Talian

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Produk Secara Atas Talian Di Malaysia

Read more

Manfaat Perniagaan Dalam Talian Dengan Platform Digital

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Sejak peristiwa penularan wabak Covid-19 menyerang penduduk di pelosok dunia, seperti yang kita...

Read more