Back to Blog

Strategi Bijak Berniaga Secara Atas Talian

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy
Berniaga Secara Atas Talian

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Produk Secara Atas Talian Di Malaysia

 

1- Pelan Perniagaan

LANGKAH 1 - Menyediakan Pelan Perniagaan Yang Ringkas

 

Kepentingan Menyediakan Pelan Perniagaan

  • Untuk melihat dan menganalisa idea atau projek perniagaan dengan lebih terperinci
  • Berfungsi untuk mengenal pasti keberkesanan sesuatu projek yang dirancang
  • Membuat anggaran keperluan sumber-sumber perniagaan secara bersistematik dan teratur
  • Memastikan kesesuaian projek yang akan dijalankan untuk tujuan pelaburan atau pembiayaan
  • Memberikan maklum balas terhadap masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaan projek dan langkah-langkah penyelesaian

 

2- Mendaftarkan Perniagaan

LANGKAH 2 -Mendaftarkan Perniagaan

 

Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan

  • Pastikan dahulu sama ada pendaftaran adalah sebagai Pemilikan Tunggal atau Rakan Kongsi
  • Pendaftaran untuk perniagaan pemilikan tunggal atau rakan kongsi di Malaysia adalah untuk warganegara atau permastautin tetap dan hendaklah berusia 18 tahun dan ke atas. Anda boleh memulakan perniagaan serta-merta, setelah urusan pendaftaran anda diluluskan.
  • Harus diingat, perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi mana-mana undang-undang atau untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang atau bertentangan dengan keselamatan negara, masyarakat umum atau moral.

Peringatan: Semua peniaga atas talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran atau e-dagang wajib mendaftar dengan pihak SSM. SMM akan memberikan tempoh masa selama 30 hari untuk peniaga mendaftarkan perniagaan mereka selepas perniagaan di platform e-dagang memperoleh keuntungan. Peniaga yang gagal untuk mendaftarkan perniagaan mereka akan disingkirkan daripada platform atas talian tersebut. Tindakan juga akan diambil di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ke atas peniaga yang tidak mendaftar dan jika disabitkan bersalah akan dipenjara selama 2 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

 

3- Memutuskan Cara Jual Online

LANGKAH 3 - Memulakan Jualan

 

Memutuskan Cara Untuk Memulakan Jualan Atas Talian

  • Menjual di pasaran atas talian seperti Lazada, 11Street dan Shopee
  • Membina laman web e-dagang anda sendiri untuk menjual produk anda
  • Mempunyai akaun media sosial di Instagram atau Facebook untuk menjual produk anda

 

Bagaimana Ingin Menjadikan Perniagaan Anda Boleh Dipercayai?

  • Kredibiliti adalah salah satu faktor yang penting dalam memastikan kejayaan perniagaan dalam talian. Sekiranya sesuatu jenama mempunyai kredibiliti yang kukuh, ianya akan dapat membantu perniagaan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan mereka.

 

4- BizTrust

LANGKAH 4 - Lambang BizTrust

 

Memohon Penggunaan Lambang BizTrust

Lambang ini merupakan jaminan dan logo simbolik yang mengesahkan perniagaan dalam talian telah memenuhi prinsip dan kriteria SSM Biz Trust. Usahawan yang berjaya memperolehi lambang ini boleh memaparkannya di laman web perniagaan mereka dan lambang ini mempunyai pautan menyambungkan pelawat kepada laporan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan di laman web SSM.

 

Siapakah yang boleh memohon SSM BizTrust?

  • Entiti dalam talian yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM dan mengikuti amalan perniagaan yang baik.

 

Apakah medium dalam talian yang diperlukan oleh entiti perniagaan dalam talian?

  • Entiti perniagaan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan atau semata-mata untuk berkongsi maklumat di laman web dan melakukan transaksi dalam talian. (Termasuk media sosial)

 

Adakah terdapat Terma & Syarat yang jelas mengenai pembatalan salah laku mengikut budi bicara SSM?

  • BizTrust adalah keistimewaan, bukan hak. Ia telah dimodelkan berdasarkan standard industri yang diiktiraf dan amalan terbaik global.
  • Pembatalan BizTrust oleh SSM untuk salah laku, yang semata- mata ditakrifkan oleh SSM, adalah hak SSM sebagai pemilik dan pengendali SSM BizTrust.

 

Untuk kekal lama dan berjaya, selain mempunyai laman web e-dagang anda, jangan lupa juga menggunakan platform media sosial yang lain, sebagai platform mempromosikan dan memperkukuhkan perniagaan dalam talian anda.

Semoga bermanfaat.

Sumber 
SME Corp. Malaysia, 2021

 


Kenali Jenis Perniagaan Di Malaysia

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Memilih Bentuk Pemilikan Perniagaan Yang Sah

Read more

Mendigitalkan Perniagaan Anda

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Teroka Kaedah Baharu Mendigitalkan Perniagaan

Read more