Back to Blog

10 Tip Penting Bina Perniagaan Berjaya

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy
Strategi untuk membina peluang perniagaan untuk belia

Ilmu dan bimbingan penting bagi mereka yang berhasrat memulakan perniagaan

 

Membina sebuah perniagaan bukanlah satu perkara mudah terutamanya saat kita bertungkus-lumus mengekang penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Ramai terjejas teruk dan kebanyakan yang terkesan terpaksa mengambil jalan memulakan perniagaan demi sesuap nasi.

Berikut beberapa tip penting yang telah menjadi inspirasi buat usahawan di Malaysia yang ingin memulakan perniagaan.

(1) Tetapkan Hala Tuju Perniagaan

Sama ada menjadikan perniagaanpilihan terakhir menjana pendapatan, sekadar minat atau serius menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, penting untuk menetapkan hala tuju sebelum memulakan sesebuah perniagaan.

(2) Buat Perniagaan Yang Disukai

Perjalanan membina perniagaan menjadi lebih mudah sekiranya melibatkan perkara yang disukai. Dengan itu, anda akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan Perniagaan sekali gus memberi impak positif dalam perniagaan.

(3) Berada Dalam Persekitaran Positif

Perasaan kekok dan tidak selesa mungkin ada di peringkat permulaan tetapi dengan adanya sokongan serta kritikan membina daripada keluarga dan rakan-rakan secara tidak langsung anda dapat mempelajari ilmu baharu dan memperbaiki kesilapan.

(4) Mantapkan Diri Dengan Ilmu

Mempunyai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan adalah penting dan proses pembelajaran perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai pengalaman mahupun kelulusan. Sentiasa belajar supaya potensi diri dan perniagaan dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.

(5) Utamakan Pelanggan

Letakkan diri anda sebagai pelanggan dalam setiap keputusan yang dibuat. Pastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik dan keperluan mereka diutamakan.

(6) Perancangan Teliti

Perancangan perniagaan perlu dilakukan lebih awal bagi menetapkan fokus kepada apa yang perlu dilakukan selain membantu mendapatkan keuntungan.  

(7) Persediaan Diri

Persediaan diri secara mental dan fizikal penting bagi mendepani pelbagai situasi sukar dan di luar jangkaan. Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan syarikat lain kerana cabaran dalam setiap perniagaan adalah berbeza.

(8) Cipta Rangkaian Hubungan

Rangkaian hubungan yang luas berupaya membantu memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Gunakan platform media sosial sebaik mungkin bagi mengembangkan rangkaian hubungan.

Selain itu, cipta rangkaian hubungan baharu dengan individu berpengaruh besar dalam bidang perniagaan. Dengan rangkaian ini, pelanggan akan lebih yakin dengan produk yang ditawarkan.

(9) Pemasaran Berkesan

Rancang pemasaran berkesan dengan teliti bagi menarik minat prospek terhadap produk atau servis yang ditawarkan. Tunjukkan idea berpotensi atau berkaitan dengan masalah prospek.

(10) Jangan Berputus Asa

Kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah tidak mudah berputus asa. Sentiasa konsisten dan teruskan usaha walaupun terdapat pelbagai kemungkinan bakal berlaku sepanjang proses membina perniagaan berjaya.

Tanpa ilmu yang tepat, ia boleh menyukarkan anda untuk melaksanakan perancangan perniagaan anda bertahan lama. Lebih baik luangkan sedikit waktu belajar melalui pengalaman dari peniaga terdahulu, seterusnya anda akan memiliki kelebihan untuk menyesuaikan strategi baharu diaplikasikan mengikut peredaran masa.

Daftarkan minat anda untuk menimba ilmu perniagaan bersama pakar industri kami di Skills Borneo Academy Sdn Bhd. Klik disini untuk mendaftar.

Semoga bermanfaat.

Kredit 
BH Online, 2021

 


Manfaat Perniagaan Dalam Talian Dengan Platform Digital

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Sejak peristiwa penularan wabak Covid-19 menyerang penduduk di pelosok dunia, seperti yang kita...

Read more

Mendigitalkan Perniagaan Anda

Image of Skills Borneo Academy
Skills Borneo Academy

Teroka Kaedah Baharu Mendigitalkan Perniagaan

Read more